19 Typeface Chalkboard Terbaik
Dalam menghasilkan sesuatu rekaan grafik, pereka grafik tidak dapat lari dari menggunakan perkataan dalam rekaan mereka. Kebiasaannya seorang pereka grafik professional mempunyai beratus jenis koleksi typeface malahan ada yang beribu jenis dalam simpananya.
Typeface jenis chalkboard kini semakin popular digunakan untuk menghasilkan rekaan grafik seperti rekaan pada menu makanan atau rekaan berkonsepkan persekolahan. Typeface jenis ini mampu memberikan kesan nostalgia dan kesan sementara kerana sifat kapur itu sendiri yang boleh dipadam.
Typeface ini sangat sesuai diguna dengan berlatarbelakangkan papan hitam atau hijau untuk memberi kesan yang maksimum. Rekaan-rekaan yang berkonsepkan alam persekolahan, makanan, festival, keceriaan dan kenakalan amat sesuai menggunakan typeface jenis ini.
Teruskan menyokong dengan memberi ‘like’ di artikel ini agar saya terus bersemangat untuk berkongsi pelbagai jenis typeface yang ada dalam simpanan saya.

