Kisah Dua Usahawan, Sama Tapi Tak Serupa

Kisah Dua Usahawan

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang kisah dua orang usahawan yang terlibat dalam perniagaan bidang rekaan grafik. Kedua-duanya merupakan rakan dan sahabat saya yang telah lama bergelar usahawan. Kedua-duanya menjana pendapatan bersih lingkungan RM 6000 sebulan.

Mereka berdua mempunyai kemahiran rekaan serta pengetahuan yang sama hebat dan keduanya juga mempunyai portfolio yang sama baik serta mampu menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Namun terdapat satu perbezaan yang amat ketara antara mereka berdua.

Seorang bekerja lebih 80 jam seminggu dengan terpaksa melayan pelbagai karenah pelanggan yang ramai. Sampai ada kalanya terpaksa bermalam di kedai semata-mata ingin memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya.

Manakala seorang lagi, hanya bekerja dalam lingkungan 20 jam seminggu dengan hanya melayan beberapa karenah pelanggan sahaja dan sentiasa ada masa untuk dihabiskan bersama keluarga.

Apakah perbezaan antara dua sahabat saya ini?  YA, Mereka mempunyai masa bekerja yang berbeza walaupun mendapat pendapatan yang sama. Kenapa perkara ini berlaku?

 

Punca ia berlaku.

Hasil dari pengamatan saya, ini disebabkan oleh kaedah peletakan harga perkhidmatan yang diamalkan. Rakan saya yang bekerja 80 jam seminggu meletakkan harga perkhidmatannya dengan terlalu rendah malahan adakalanya memberi perkhidmatan secara percuma sahaja.

Walaupun beliau mempunyai ramai pelanggan atas sebab harga perkhidmatannya, namun dari segi keuntungan, ia masih sama dengan rakan saya yang bekerja hanya 20 jam seminggu.

Rakan saya yang kedua meletakkan harga perkhidmatannya berpadanan dengan usaha dan kemahiran beliau, tidak sekali-kali memberi khidmat rekaan terlalu rendah apa lagi secara percuma.

Melayan karenah pelanggan pada hakikatnya adalah sama rumitnya tidak kira harga yang kita beri kepada mereka murah atau mahal. Apa yang mereka harapkan adalah rekaan yang cantik, hebat, berkualiti dan pantas.

Harga bukan semata-mata berkenaan dengan wang ringgit tetapi ia lebih dari itu, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup kita. Contohnya, rakan saya yang hanya bekerja 20 jam seminggu pastinya mempunyai lebih masa bersama keluarga dan masyarakat serta mempunyai lebih masa menikmati kehidupan.

Berbanding dengan rakan saya yang bekerja siang malam menghabiskan 80 jam seminggu dengan andaian memberi khidmat rekaan murah malahan percuma mampu menjadikan dirinya gembira dan kaya tanpa memikirkan kesan yang bakal kunjung tiba dikemudian hari.

Usaha mendidik pelanggan berkenaan nilai perkhidmatan sesuatu rekaan perlu digalas oleh semua pereka grafik. Di manakah nilai dan kualiti hidup kita sebagai pereka sekiranya masa kita miliki dihabiskan hanya untuk bekerja?.

Mengasingkan upah rekaan dari perkhidmatan atau produk adalah perlu kerana ia melibatkan dua kemahiran dan kos yang berbeza. Bukankah kemahiran yang kita pelajari ini sepatutnya menjadikan hidup kita lebih sempurna?. Fikirkanlah.

 

Artikel

Kisah Inspirasi & Tauladan
11 Cara Menjemput Rezeki
Hebatnya Graphic Styles
06 Produk Untuk Pereka Grafik
06 Rahsia Perniagaan T-Shirt
Full Article image Kesilapan Graduan Muda

derekacreative.com

derekacreative New Logos

 

 

 

 

 

Our Expertise :

> Graphic Design

> Website Design

> T-Shirt Printing

Pengunjung Online

We have 164 guests and no members online

My Artwork

Hubungi

De Reka Creative 

71800 Nilai, Negeri Sembilan