Asas Pertolongan Cemas 3
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:
- Pelan Tindakan Kecemasan / Kemalangan
- Kaedah Pemindahan mangsa
Topik 1: Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)
Definisi:
Satu pelan yang berkesan yang dibangunkan oleh pihak pengurusan atau penganjur yang hendaklah diikuti apabila berlaku kecemasan. Pelan ini menggariskan langkah-langkah asas yang diperlukan untuk mengendalikan situasi dan keadaan semasa kecemasan serta memberi bimbingan yang sesuai tentang apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan tersebut.
Objektif
- Untuk menyelamatkan nyawa.
- Memberi keutamaan menyelamat dan pertolongan cemas.
- Untuk mengawal keadaan dan menghadkan kerosakkan.
- Untuk mengawal, mengurangkan atau menghentikan punca kemalangan.
- Untuk operasi pemulihan yang pantas.
Prosedur Tindakan Kecemasan
Setiap jenis kecemasan memerlukan prosedur tindakkan kecemasan. Amnya prosedur ini boleh di bahagikan kepada 3 iaitu:
- Prosedur pencegahan.
- Prosedur persediaan.
- Prosedur Tindakan
- Prosedur Pemulihan.
Tahap Kecemasan.
- Tahap 1: Dalam kawalan organisasi
- Tahap 2: Melibatkan bantuan pihak luar.
- Tahap 3: Bencana peringkat Negara.
Pembentukan jawatankuasa tindakan kecemasan [ Pasukan Tindakan Kecemasan atau ERT ] perlu dibentuk, dilantik serta dilatih agar pelan tindakan kecemasan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pasukan Tindakan Kecemasan [ERT]
Ialah sekumpulan orang yang bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan. Barisan pertama pertahanan dalam keadaan kecemasan sehingga perkhidmatan kecemasan luaran sampai dan mengambil alih kawalan.
Topik 2: Kaedah Pemindahan Mangsa
Dilaksanakan dalam masa membuat kerja-kerja menyelamat seperti mangsa kemalangan Jalanraya dan mangsa kebakaran. Sebelum melakukan pemindahan mangsa perlu dipastikan keadaan kecederaan yg dialami mangsa krn setiap pergerakan akan menambahkan risiko kpd mangsa.
Terbahagi kepada 2 kaedah :-
1. Tanpa menggunakan peralatan – menggunakan daya usaha penyelamat dan terbahagi kepada beberapa kategori :-
- 1 orang penyelamat.
- 2 orang penyelamat.
- 3 orang penyelamat serta lebih.
2. Dengan menggunakan peralatan – Bantuan peralatan lain untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan. Peralatan lain yang biasa digunakan:-
- Stretcher
- Kerusi
- Selimut
- Cadar
- Troli
- Hos
- Tali
Pemilihan cara memindahkan mangsa ini adalah mengikut seperti perkara berikut:-
- Kesesuaian tempat.
- Keadaan mangsa.
- Kecederaan mangsa.
- Jumlah penyelamat yang ada.
Teknik Memindah Mangsa 01: 1 org penyelamat tanpa menggunakan alatan.

One rescuer Assist | Mangsa yang mengalami kecederaan sebelah kaki. Prinsip ini kurang baik kerana penyelamat menanggung keberatan mangsa untuk bergerak.
Teknik Memindah Mangsa 02 : Piggy Back Carry

Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mestilah sedar serta mampu berdiri semasa hendak mengangkatnya. Ia mesti tidak mengalami kecederaan tulang yang teruk.
Teknik dan Kaedah :
- Bantu mangsa berdiri dan anda berdiri dihadapannya.
- Pusingkan badan anda membelakangkannya & letakkan kedua2 lengan mangsa di atas bahu anda. Silangkan tangan mangsa di atas bahu anda.
- Bengkokkan badan anda kehadapan dan angkat mangsa.
- Suruh mangsa menggenggam pergelangan tangan dan kepit kedua-dua paha di bawah ketiak anda.
- Pastikan mangsa selesa di belakang bahu anda.
Teknik Memindah Mangsa 03 : Front Piggy Back Carry

Mangsa mestilah sedar dan tidak mengalami kecederaan tulang yang teruk.
Teknik dan Kaedah :
- Menghadap pada mangsa dalam keadaan berdiri.
- Masukkan tapak tangan anda di bawah ketiaknya.
- Arahkan mangsa untuk naik serta mengepit & menyilangkan kakinya di pinggang anda.
- Suruh mangsa memeluk leher anda dengan lengannya. (Sesuai untuk menuruni tangga bangunan).
Teknik Memindah Mangsa 04 : Crandle carry / Darling carry

Mangsa sedar atau pengsan. Mangsa mesti boleh diampu oleh tangan anda dlm keadaan baring, duduk atau terlentang.
Teknik & Kaedah :
- Ampu satu tangan anda di belakang mangsa & memeluk ketiaknya.
- Tangan anda yg satu lagi ampu di bawah pelibat lututnya.
- Jika mangsa sedar, arahkan mangsa memeluk atau memaut leher anda.
- Jika mangsa pengsan, kepala mangsa akan terlentuk ke belakang atau ke bawah. Tidak sesuai kpd mangsa yg kecederaan pd tulang belakang.
Teknik Memindah Mangsa 05 : Fireman’s lift / Carry

Mangsa mestilah mampu dipikul oleh penyelamat. Juga sesuai kepada mangsa yang pengsan.
Teknik & Kaedah:
- Baring / terlentengkan mangsa dengan lutut menegak.
- Pegang pergelangan tangan mangsa dan tentukan tapak tangannya menghala ke bawah.
- Sendalkan hujung kaki anda kepada hujung kaki mangsa & tarik ke atas menghala anda dalam masa yg sama (Mangsa pengsan, masukkan kedua tangan di bawah ketiaknya).
- Masukkan kepala & belakang anda di bawah dada & ketiak mangsa di atas bahu anda.
- Biarkan mangsa terletak di atas bahu anda, rasa berat badannya, angkat dan terus berdiri.
- Masukkan tangan di mana bahu anda menanggung beban mangsa di celah kelangkang mangsa dan kepit kaki mangsa serta pegang pergelangan tangannya, satu atau kedua-duanya sekali.
Teknik Memindah Mangsa 06 : Pack Strap Carry.

Cara mudah untuk mengawal mangsa. Sedar atau pengsan.
Teknik & Kaedah :
Mangsa sedar:-
- Angkat mangsa dalam kedudukan berdiri.
- Anda berdiri menghadap, pusingkan badan anda & membelakangkannya, angkat kedua-dua tangan mangsa ke bahu dan silangkan di dada anda.
- Pastikan mangsa betul-betul berdiri lurus & ketiaknya betul-betul di atas bahu anda.
- Bengkokan sedikit badan ke hadapan dan mangsa juga akan sedikit terangkat.
- Tentukan tangan mangsa lurus di atas dada anda & tinggikan kakinya dari mencecah bumi.
- Tangan anda yang satu gunakan utk mengelakkan halangan dihadapan.
Mangsa Pengsan:-
- Terlentangkan mangsa & anda baring terlentang di atasnya. Perlu diingat kawal berat badan anda dalam keadaan ini.
- Pegang kedua2 pergelangan tangannya & meniarap, mangsa akan meniarap di belakang anda.
- Pegang pergelangan tangan mangsa dgn satu tangan anda & satu tangan lain bersama2 kedua2 lutut menompang keberatan mangsa untuk berdiri.
Teknik Memindah Mangsa 07 : Shoulder Drag

Kaedah yg paling mudah. Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan.
Teknik & Kaedah:
- Masukkan tapak tangan anda di ketiak mangsa.
- Anda melutut di kepala mangsa.
- Kaedah ini memerlukan anda menarik mangsa secara berundur ke belakang.
- Peringatan !!!!!! Lantai / permukaan yg kasar tidak sesuai dengan cara ini.
Teknik Memindah Mangsa 08 : Fireman’s Drag.

Cara mengheret mangsa dalam keadaan yang penuh dengan asap / tempat rendah dan sempit. Tidak sesuai jika lantai kasar.
Teknik & Kaedah:
- Terlentangkan mangsa & ikat kedua-dua pergelangan tangan dengan tali atau barang lain yang sesuai.
- Masukkan kepala anda dicelah kedua2 lengan mangsa.
- Tangan anda menongkat pada lantai.
- Heret mangsa perlahan-lahan ke hadapan dengan cara anda merangkak.
Teknik Memindah Mangsa 09 : Clothes Drag

Mangsa pengsan dan berat. Tidak sesuai pada lantai yang kasar. Heret mangsa dengan memegang leher bajunya.
Teknik Memindah Mangsa 10 : Foot Drag

Ditarik kaki mangsa, sesuai untuk berbadan kurus. Tidak sesuai di tempat yg kasar.
Teknik Memindah Mangsa 11 : Inclined Drag Dawn

Mengheret mangsa pengsan ke bawah melalui tangga dan dari tempat curam ke tempat rata.
Teknik & Kaedah:
- Terlentangkan mangsa, kepala lutut anda menahan kepalanya supaya berkedudukan duduk.
- Pelukkan tangan anda di bawah lengan mangsa & pegang kedua2 pergelangan tangannya.
- Heret mangsa dengan cara anda mengundur ke belakang.
Teknik Memindah Mangsa 12 : Two Man Assist

Dua penyelamat. Tangan mangsa di atas bahu penyelamat. Tangan penyelamat memegang tangan mangsa dan belakang mangsa.
Teknik Memindah Mangsa 13 : Two Handed Seat

2 org penyelamat menghulur tangan dibelakang mangsa. Satu tangan di bawah peha dan satu lagi di belakang mangsa.
Teknik Memindah Mangsa 14 : 4 Handed Seat.

2 penyelamat mencengkam tangan sendiri. Dan tangan yg dicengkam tadi, mencengkam pula tangan kawan lain. Mangsa duduk dipersilangan tangan tadi.
Teknik Memindah Mangsa 15 : Extremities Carry

Kaedah & Teknik :
- Terlentangkan mangsa dengan lutut dibengkokkan menegak & kaki terbuka.
- Seorang penyelamat berada di bahagian kepala & tangan di bawah ketiak.
- Seorang penyelamat berada di celah kangkang memegang di bawah pelipat kaki.
- Angkat serentak mangsa dan boleh bergerak melalui lorong sempit.
Teknik Memindah Mangsa 16 : 3 Man Hammock Carry

Sesuai untuk mangsa yang mengalami kecederaan tulang belakang.
Teknik Memindah Mangsa 17 : 3 Man Lift

Hampir sama dgn 3 man hammock carry. Penyelamat mesti berada di sebelah bahagian yang sama.
Kaedah & Teknik :
- Dua penyelamat berada di sebelah kepala & lutut, seorang lagi di bahagian punggong.
- Semua penyelamat mestilah berada dalam keadaan duduk & sebelah lutut lagi diletakkan ke bumi.
- Pangku mangsa di bahagian bawah kepala, bahu, pinggang, punggung & kaki.
- Setiap arahan turun naik adalah daripada penyelamat yg berada di bahagian kepala.
Teknik Memindah Mangsa 18 : 6 Man Lift And Carry

- Mangsa yg mengalami kecederaan tulang belakang
Kaedah & Teknik:
- 3 org penyelamat berada di sebelah kiri mangsa & 3 lagi di sebelah kanan mangsa.
- Kesemua penyelamat berada dalam keadaan melutut dengan sebelah diletakkan ke bumi.
- Penyelamat menghulurkan tangan berselang seli antara satu dengan lain dalam keadaan tapak tangan terbuka ke atas di bawah mangsa.
- Angkat mangsa perlahan-lahan & alihkan ke tempat yg selamat.
Teknik Memindah Mangsa 19 : Blanket Drag

Mangsa yg memerlukan pembaringan lurus. Heret menggunakan kaki & tangan.
Kaedah & Teknik:
- Bentangkan selimut & selimutkan mangsa dari sisi ke sisi.
- Semasa menarik, tangan anda hendaklah landaskan pada kepala mangsa agar kepala tidak terseret.
- Jika melalui tangga, kedua-dua tangan anda hendaklah memegang pada selimut bahagian bawah kepala mangsa & heret turun secara perlahan-lahan.
Teknik Memindah Mangsa 20 : Stretcher Carry


Mangsa yg perlukan kurang pergerakan. Blanket stretcher and Coat stretcher. Fungsi seperti stretcher biasa.
Teknik Memindah Mangsa 21 : Kerusi (Chair carry)

Kaedah & teknik:
- Memerlukan 2 org penyelamat, seorang di hujung kaki & seorang lagi di tengah2 badan mangsa.
- Penyelamat di hujung kaki mengangkat mangsa dengan menggunakan sebelah tangan sambil sebelah lagi menyorongkan kerusi hingga ke bawah punggung mangsa.
- Apabila mangsa berada di atas kerusi barulah diangkat.


