derekacreative-Website Optimization

Segera Optimize Laman Web Anda..  

Adakah perniagaan anda telah mempunyai laman web? Sekiranya jawapan nya adalah YA. Tahniah, anda telah mengikut trend semasa dunia yang menunjukkan peningkatan ketara penggunaan laman web terutamanya selepas Pendemik COVID-19 yang lalu.

Seterusnya, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan laman web anda sentiasa relevan dalam landskap digital hari ini.

Dalam artikel bertajuk Teknik Pemasaran Internet. Ada disentuh mengenai 7 perkara yang perlu kita lakukan selepas laman web siap dibina. Hari ini saya akan perincikan lagi 7 perkara berkenaan.

Jom kita mulakan.

Perkara 01: Menghantar ‘Sitemap’ Laman Web ke Engine Carian.

 

Sitemap Submition

 

Apa dia Sitemap? Sitemap atau peta laman web ialah satu fail yang menyenaraikan semua URL yang terdapat di laman web kita. Ia termasuk setiap menu, link dan flow yang kita telah hasilkan di dalam laman web tersebut.

Menghantar sitemap ke Google Search Console adalah perkara yang sangat penting bagi membolehkan google mengindeks dan melakukan proses crawling dengan lebih berkesan. Hasilnya, laman web kita akan appear dalam engin carian Google.

Sebelum menghantar sitemap ini, kita perlulah menghasilkannya terlebih dahulu. kita boleh menggunakan sitemap generator yang boleh diperolehi secara percuma. Selepas file sitemap dihasilkan, barulah proses menghantar sitemap tersebut dapat dilakukan.

 

Perkara #02:  Memastikan Laman Web Sentiasa ‘High Speed Loading’.

 

High Speed Loading Tips

 

Bagi memastikan pelawat tidak menunggu lama dan seterusnya beredar dari laman web kita (penantian satu penyiksaan). Adalah penting memastikan laman web yang dihasilkan berstatus high speed loading.

Ada beberapa tips dan cara bagi memastikan laman web kita menjadi high speed loading antaranya seperti.

  1. Optimize Image Sizes.
  2. Leverage Browser Caching.
  3. Minimize HTTP Requests.
  4. Enable Gzip Compression.
  5. Use a Content Delivery Network (CDN).
  6. Optimize Code and Scripts.

Setiap satu perkara di atas mempunyai cara setup-nya tersendiri. Saya akan kongsikan dalam artikel akan datang. In Sha Allah.

Sebenarnya, speed loading laman web kita boleh diuji dengan menggunakan beberapa tools seperti Google PageSpeed Insights, GTmetrix, atau Pingdom Website Speed Test.

Hasil laporan yang dikeluarkan juga biasanya disertakan sekali dengan cadangan langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan lagi Speed loading laman web tersebut.

 

Perkara 03: Mengaplikasikan Keyword Dalam Setiap Komponen Penulisan.

 

Keyword

 

Berbalik kepada good practise dalam membina laman web. Memasukkan keyword bagi syarikat, produk atau servis kita adalah salah satu daripada good practice berkenaan.

Ia bertujuan supaya engin carian dapat mengisytiharkan bahawa laman web kita adalah relevan untuk diketengahkan kepada pencari keyword berkenaan.

 

Perkara 04:  Memastikan Laman Web Sentiasa Dikemaskini.

 

Update Website

 

Proses update atau kemaskini adalah sesuatu yang penting. Apa yang kita nak kena update? Selain dari core file, extension, plug-in, security dan sebagainya. Content atau isi kandungan laman web sangat penting untuk selalu dikemaskini.

Ada laman web yang content mereka tidak dikemaskini sehingga menyebabkan tidak relevan lagi digunakan oleh pelanggan.

Sebagai contoh produk atau servis yang telah habis stok atau yang tidak ditawaran lagi seharusnya dikeluarkan terus dari laman web supaya pelanggan tidak keliru.

Content yang sentiasa up to date juga merupakan antara faktor sesebuah laman web itu mendapat ranking yang tinggi dalam engin carian selain meningkatkan kreadibiliti syarikat tersebut di mata pelanggan mereka.

Kita juga perlu lakukan semakkan berkala terhadap broken link sekiranya ada dalam laman web kita. Status code error seperti 400 dan 500 perlu diperbaiki dengan kadar segera.

 

Perkara 05: Memasang Sistem Keselamatan Terkini.

 

Website Safety Tips

 

Apa dia HTTPS? https ialah singkatan bagi Hypertext Transfer Protocol Secure. Sekiranya anda perasan di hadapan setiap domain laman web dimulakan dengan http atau https.

Sekiranya sesebuah laman web dimulakan dengan https, ini bererti laman web tersebut dilindungi dengan sistem keselamatan.

Sistem keselamatan ini menggunakan protokol SSL (Secure Socket Layer) atau TLS (Transport Layer Security), yang melindungi data pengguna. SSL memastikan semasa proses pertukaran data pengguna dengan server menjadi lebih private dan selamat.

SSL certificate yang standard biasanya dimasukkan sekali dalam pakej pembelian domain. Kita boleh upgrade ke SSL yang lebih mahal sekiranya pakej SSL standard tidak mencukupi untuk melindungi laman web tersebut.

 

Perkara 06: Memasang Google Analytic.

 

Website Analytic Tips

 

Bagaimana kita nak tahu prestasi laman web kita? Berapa orang yang mengunjunginya pada setiap hari, segment pelawat yang melayari laman web kita, dari mana mereka ini semua dan sebagainya.

Semua data ini boleh kita perolehi melalui Google Analytic. Semua data ini amat berguna untuk strategi pemasaran kita tidak kiralah offline mahupun secara digital.

Kita kena setup laman web untuk diintegrasikan dengan Google Analytic ini, ia tidak secara automatik. Dalam artikel akan datang saya akan tunjukkan tutorial bagaimana cara nak setup Google Analytic ke laman web anda.

 

Perkara 07: Optimumkan Laman Web Untuk Enjin Carian (SEO).

 

SEO

 

Search Engine Optimization (SEO) memang tidak asing lagi dalam pemasaran digital. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam menentukan keberkesanan sesebuah laman web. Kalau nak cerita pasal SEO ini, ada banyak artikel menyentuh mengenainya.

Apa yang boleh saya ringkaskan, aktiviti SEO ini melibatkan perkara-perkara berikut:

  1. Menghasilkan Content yang berkualiti.
  2. Mengkaji Keyword yang sesuai.
  3. Aktiviti On-Page & Off-page Optimization.
  4. Rekaan Laman web yang responsive (Mobile-Friendly Design).
  5. Page Loading Speed.
  6. Membina internal & external link (Link Building).
  7. User Experience (UX).
  8. Integrasi dengan Media Sosial.
  9. Kekerapan Pengemaskinian.
  10. Pemantauan Prestasi Laman Web.

Semua aktiviti SEO ini perlu dibuat secara konsisten dan tentulah ia mengambil masa untuk melihat hasilnya. Jangan berputus asa dan teruskan mengikuti trend terkini serta amalan terbaik dalam menjalankan aktiviti SEO.

Kesimpulan

Selepas kita mempunyai laman web sendiri, ia sebenarnya tidak terhenti di situ sahaja. Sekiranya kita membiarkan laman web kita tidak dikemaskini, fungsinya menjadi terhad dan akan menjadi liabiliti kerana setiap tahun kita perlu renew hosting dan domain.

Aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan selepas laman web kita siap perlu kita lakukan dengan tekun. Sebenarnya ini lah antara tugasan bagi webmaster atau web executive yang kita gajikan tu.

Selain mereka perlu memastikan laman web tiada masalah. Perkara yang saya kongsikan ini juga merupakan antara job skop mereka. Bagi syarikat yang tidak mempunyai webmaster, biasanya mereka akan hire external agency untuk memastikan laman web mereka berfungsi dengan baik.

Artikel

Hebatnya Graphic Styles
06 Produk Untuk Pereka Grafik
06 Rahsia Perniagaan T-Shirt
Full Article image Kesilapan Graduan Muda
05 Tanggapan Negatif Bidang Grafik
Kajian Pengaruh Rekaan Grafik

derekacreative.com

derekacreative New Logos

 

 

 

 

 

Our Expertise :

> Graphic Design

> Website Design

> T-Shirt Printing

Pengunjung Online

We have 135 guests and no members online

My Artwork

Hubungi

De Reka Creative 

71800 Nilai, Negeri Sembilan