Platform Mudah Bina Laman Web.
CMS ialah sejenis laman web yang membolehkan anda menghasilkan dan mentadbir laman web tanpa memerlukan pengetahuan & kemahiran teknikal yang tinggi.
Laman web seperti WordPress, Joomla, Drupal dan Shopify adalah antara contoh laman web jenis CMS ini. Penggunaan CMS semakin meluas dan terus mendapat sambutan terutamanya bagi mereka yang masih baru.
CMS memudahkan anda menguruskan semua kandungan digital seperti teks, imej, video dan sebagainya di laman web tanpa perlu menggunakan kaedah pengekodan atau bahasa pengaturcaraan.
Interface CMS yang mesra pengguna dan lebih ringkas memberi keselesaan kepada anda untuk menambah, mengedit dan memadam isi kandungan serta menyesuaikannya dengan rekaan dan fungsi laman web anda.
Dengan adanya CMS ini, sesebuah laman web itu akan lebih mudah ditadbir dan diurus oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa pengetahuan teknikal asalkan mereka tahu menggunakan komputer.
Ini secara tidak langsung dapat memberi penjimatkan yang besar, kerana anda tidak perlu mengupah pentadbir laman web professional untuk melakukan kerja-kerja pengemaskinian isi kandungan laman web anda.
Antara keistimewaan penggunaan platform Content Management System ini ialah:
#01: Kemaskini Lebih Mudah.

Kini anda boleh lakukan sendiri proses kemaskini laman web anda. Nak edit rekaan laman web, nak kemaskini isi kandungannya, nak tambah itu, nak tambah ini, semuanya mudah dengan menggunakan CMS ini.
Fungsi editor yang menggunakan konsep WYSIWYG (What You See Is What You Get) sangat mudah digunakan kerana ia mirip kepada Microsoft Word sahaja. Tetapi anda perlu ketahui amalan baik atau good practices dalam mentadbir laman web seperti mana yang disyorkan oleh pakar-pakar dalam bidang laman web ini.
#02: Laman Web Diurus Bersama.
Tidak perlu lagi mengupah dan mengharapkan pentadbir laman web. Platform CMS menyediakan sistem pengurusan pengguna atau User Management yang lengkap.
Fungsi ini membolehkan anda mengawal akses dan melantik serta memberi kebenaran kepada staff anda untuk sama-sama mentadbir laman web berkenaan. Kerja-kerja back-up laman web boleh anda lakukan sendiri kerana terdapat extension yang dapat menguruskan kerja-kerja berkenaan.
#03: Banyak Pilihan Template.

Anda boleh mengubah suai penampilan laman web dengan memilih rekaan dari template atau tema yang sedia ada. Terdapat banyak template yang boleh anda pilih.
Sekiranya ada budget lebih, boleh pilih template yang berbayar. Rekaan template berbayar ini biasanya lebih lengkap dan menarik berbanding dengan yang percuma.
Template-template yang berbayar juga biasanya didatangkan sekali dengan extension page builder yang akan memudahkan anda melakukan proses ubahsuai terhadap template berkenaan.
#04: Pengurusan Media Yang Teratur.

Laman web CMS biasanya mempunyai extension seperti plug-in untuk memuat naik, mengatur dan mengurus fail media, seperti imej, video, sound dan sebagainya di dalam sistem.
Ini membolehkan anda menguruskan semua media dengan lebih baik dan teratur. Adalah penting untuk memastikan semua media yang dimuat-naik tidak bersaiz besar.
Sekiranya terdapat media seperti gambar atau video yang telah tidak digunakan lagi, anda perlu buang dari sistem server anda bagi mengurangkan penggunaan storage laman web anda.
#05: Pengoptimuman SEO.

Kewujudan sesebuah laman web memang tidak boleh lari dari proses Search Engine Optimization atau lebih dikenali sebagai SEO. Banyak platform CMS telah mempunyai ciri build-in extension atau plug-in untuk memastikan laman web anda SEO Friendly.
Extension atau plug-in ini dapat membantu mengoptimumkan laman web anda untuk optimize engin carian seperti google, yahoo dan sebagainya.
Sekiranya teknik SEO ini dilakukan dengan betul, kesannya amat baik untuk prestasi laman web anda. Laman web anda akan lebih mudah dicari di internet kerana berada di page pertama atau kedua di engin carian.
#06: Banyak Extension.

Untuk menambahkan pelbagai fungsi di laman web anda seperti fungsi e-commerce, fungsi tempahan, fungsi LIVE Chat dan sebagainya. CMS mempunyai banyak extension seperti plug-in, component dan module.
Sama seperti template rekaan. Ada extension yang percuma dan ada extension yang berbayar. Biasanya extension yang canggih dan ohsem adalah yang berbayar. Namun harga masih mampu milik.
#07: Sokongan Professional & Rangkaian Komuniti Yang Luas.

Platform CMS yang popular seperti WordPress, Joomla mempunyai komuniti pengguna aktif yang ramai. Ini bermakna anda tidak keseorangan sekiranya berdepan dengan masalah.
Anda boleh jumpa banyak sumber-sumber sokongan seperti tutorial, forum, soal jawab, video penerangan. Sumber-sumber ini akan membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah kerana ramai professional dan pakar menyediakan jalan keluar untuk pelbagai masalah.
Selain itu juga, melalui sumber-sumber ini, anda dapat mempelajari teknik baharu dan sentiasa up to date terhadap perkembangan terkini. Platform CMS juga sentiasa mengeluarkan versi-versi update yang bertujuan memastikan keselamatan laman web anda dari sebarang bahaya seperti serangan malware dan sebagainya.
Penting untuk anda sentiasa melakukan back-up laman web, supaya sekiranya apa-apa berlaku, anda mempunyai file back-up yang boleh di restore semula. Selain dari sentiasa melakukan back-up terhadap core file anda, adalah menjadi keutamaan untuk anda sentiasa melakukan update terhadap core file dan extension yang digunakan.
Kesimpulan.
Menggunakan platform CMS untuk laman web anda akan memberikan kemudahan, fleksibiliti dan kawalan ke atas kandungan serta proses pengurusan laman web yang lebih sistematik.
Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih platform yang sesuai dengan jiwa anda dan mula mempelajari asas penggunaannya. Umpama memandu sebuah kereta. Anda perlu tahu fungsi setiap komponen yang ada sebelum anda boleh memandu dengan betul dan selamat.


