Perbezaan Antara Web Designer & Web Developer.
Istilah web designer (pereka laman web) dan web developer (pembangun laman web) sering kita dengar dalam industri digital terutamanya yang melibatkan laman web. Siapa mereka ini? dan adakah fungsi mereka sama?
Ramai yang menyangkakan peranan dua orang ini adalah sama. Tetapi hakikatnya peranan mereka adalah berbeza. Mereka adalah orang yang bertanggung jawab dalam menghasilkan sesebuah laman web yang pada asasnya melibatkan rekaan UI (User Interface) dan rekaan UX (User Experience).
Apa dia rekaan Ui dan UX ini? Saya akan sentuh dalam artikel yang akan datang ye.
Sebenarnya, tumpuan mereka dalam aspek penghasilan laman web adalah tidak sama. Yang sama adalah, mereka berdua boleh menghasilkan pelbagai jenis laman web. Jom kita kenali peranan mereka berdua ni dengan lebih dekat lagi.

Web Designer (Pereka Laman Web).
Pereka laman web kebanyakkannya adalah dari aliran seni. Untuk menjadi seorang pereka laman web, bidang laluan akademik yang boleh diikuti ialah seperti berikut:
- Creative Multimedia
- Grafik & Media Digital
- Interactive Design
- Interface Design
- Teknologi Multimedia
Pereka laman web banyak menggunakan otak kanan berbanding dengan otak kiri. Mereka lebih cenderung kepada nilai estetik berbanding kepada fungsi sesuatu rekaan itu.
Ini bermaksud, pereka laman web lebih mementingkan aspek kecantikkan dan kosmetik dalam keseluruhan rekaan. Prinsip dan elemen rekaan menjadi keutamaan mereka dalam menghasilkan laman web.
Penggunaan elemen grafik, pemilihan warna, typografi, rekaan icon, infografik sehingga lah sekecil-kecil rekaan button yang akan digunakan menjadi perhatian utama pereka laman web.
Mereka biasanya mempunyai latar belakang rekaan grafik. Mereka menggunakan software-software yang sama dengan pereka grafik seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe After Effect, Sketch dan banyak lagi untuk mencipta wireframe, mock-up, elemen reka bentuk, manipulasi photo sehingga ke montion grafik.
Secara umumnya peranan pereka laman web adalah seperti berikut:
- Mereka bentuk susun atur dan struktur laman web secara keseluruhan.
- Memilih skema warna, tipografi dan elemen visual.
- Mencipta wireframe dan prototaip untuk user interface (UI) laman web.
- Memastikan reka bentuk laman web responsif dan berfungsi dengan baik pada peranti yang berbeza (desktop, tablet, telefon pintar).
- Mencipta montion grafik untuk montaj, slider, button dan sebagainya.
- Manipulasi photo yang akan digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej.
- Pemilihan warna, bentuk button, rekaan icon, slider, video dan sebagainya.
Dalam pembinaan laman web pula, pereka laman web biasanya menggunakan software yang berbeza dengan pembangun laman web.
Antara software yang biasa digunakan ialah seperti:

- Figma: Alat reka bentuk kolaboratif yang membolehkan ramai pereka web bekerja secara serentak pada projek yang sama dalam sesuatu masa. Ini akan mempercepatkan proses penyiapan laman web.
- Adobe XD: Software reka bentuk berasaskan vektor yang membolehkan pereka membuat wireframe, mockup dan prototaip interaktif.
- Adobe Dreamweaver: Software penyuntingan WYSIWYG ke kod HTML.
- Content Management System seperti Wordpress, Joomla dan Drupal.
Pereka web selalunya menggabungkan pelbagai software untuk mencipta sebuah laman web. Ia bagi memastikan laman web yang dihasilkan berfungsi dengan baik dan menepati citarasa pengguna. Pilihan perisian bergantung kepada kerumitan projek, keperluan khusus dan permintaan client itu sendiri.

Website Developer (Pembangun Laman Web).
Berbeza dengan pereka laman web. Pembangun laman web biasanya banyak tertumpu kepada aspek fungsi teknikal dalam menghasilkan sesebuah laman web.
Dalam pembangunan laman web, istilah back-end dan front-end biasa digunakan untuk menerangkan skop aktiviti dalam pembinaan laman web.
Banyak aspek teknikal yang melibatkan penggunaan coding terutamanya aktiviti-aktiviti di back-end. Pembangun laman web biasanya mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti HTML, CSS dan Skrip Java.
Pembangun laman web yang mahir menjalankan aktiviti pembangunan di back-end dan front-end biasanya dikenali sebagai Full Stack Web Developer.
Mereka kebanyakkannya adalah dari aliran sains dan teknologi. Untuk menjadi seorang pembangun laman web, bidang laluan akademik yang boleh diikuti ialah seperti:
- Sains Komputer
- Information Technology
- Web Development
- Content Management
Pembangun laman web sangat mahir dalam bahasa pengaturcaraan seperti HTML, CSS, JavaScript, dan juga aktiviti back-end seperti PHP, Python, Ruby, MySQL dan sebagainya.
Secara umumnya peranan pembangun laman web adalah seperti berikut:
- Menghasilkan laman web menggunakan pengaturcaraan HTML, CSS, Script Java dan sebagainya.
- Mengaplikasikan elemen dan fungsi interaktif menggunakan JavaScript atau bahasa skrip yang lain.
- Mengintegrasikan aplikasi atau software dari pihak ketiga, plugin dan API untuk menambah ciri-ciri istimewa dan khusus dalam laman web.
- Membina dan mengurus pangkalan data jika laman web memerlukan kandungan yang dinamik.
- Memastikan laman web dioptimumkan untuk tujuan peningkatan prestasi, keselamatan dan ciri responsif.
Sofware yang biasa digunakan oleh pembangun laman web berbeza dengan pereka laman web. Antara software yang biasa mereka gunakan ialah seperti:

Software untuk Front-end:
- HTML5
- CSS3
- Bootstrap
- JavaScript
- GIT
- jQuery
Software Untuk Back-end:
- JS framework (Express JS)
- Laravel atau Symfony
- Django atau Flask
- Ruby
Ini hanyalah sebahagian daripada software yang digunakan oleh pembangun laman web. Setiap software yang digunakan ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Pembangun web juga bekerja dengan pangkalan data untuk menyimpan dan mengurus data. Pangkalan data yang biasa digunakan termasuk MySQL, PostgreSQL, MongoDB dan SQLite.
Kesimpulan.
Dalam menghasilkan sesebuah laman web, kita oleh hire web designer ataupun web developer ini. Dan Boleh juga hire kedua-dua nya sekali untuk sebuah projek laman web mega ataupun bertaraf super.
Untuk menghasilkan sebuah laman web yang rumit dan banyak fungsi canggih, biasanya kita memerlukan seorang pembangun laman web. Apatah lagi untuk laman web yang bercirikan apps atau super apps.
Ada juga yang mahir dalam kedua-dua kemahiran (designer + developer) dan menjadikan mereka seorang webmaster.

