Membina Sebuah Jenama Siri Ke-2
Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2024 kepada semua pembaca blog di laman web derekacreative.com. Tahun 2023 telah meninggalkan seribu satu pengalaman untuk kita semua, tidak kiralah ia satu pengalaman yang manis mahupun yang pahit.
Semua pengalaman ini akan menjadikan kita seorang yang lebih baik pada masa akan datang. In Sha Allah.
Pada penulisan kali ini, saya akan berkongsi pengalaman semasa saya menjalin kerjasama dengan satu lagi agensi pelancongan tempatan iaitu Syarikat Wahibah Travel & Tours Sdn Bhd.
Mengimbau kembali penulisan saya mengenai topik yang sama iaitu Membina Sebuah Jenama yang pada masa itu saya bekerjasama dengan sebuah agensi pelancongan iaitu Syarikat EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd dah telah mendapat 18194 bacaan sehingga hari ini.
Kerjasama dengan Wahibah Travel ini telah dimulakan pada 01 Ogos 2023 dan kini telah memasuki tempoh 6 bulan.
Sedikit pengenalan mengenai syarikat ini. Kalau ikut info syarikat ini di SSM, syarikat ini ditubuhkan pada 16 Ogos 2022 dan dimiliki oleh 2 orang pengarah syarikat. ianya 100% milik bumiputera dan beribu pejabat di Cheras Selatan, Selangor.
Secara keseluruhannya terdapat 3 fasa yang saya cadangkan dalam membantu syarikat ini mengembangkan jenama mereka. Untuk fasa pertama (6 bulan), saya fokus hanya kepada 4 perkara sahaja iaitu:
- Membina laman web syarikat.
- Membangunkan identiti korporat syarikat.
- Menghasilkan bahan pemasaran & pengiklanan.
- Melaksanakan strategi pemasaran digital.
Tetapi kali ini ada sedikit kelainan. Dalam pakej penjenamaan kali ini, Pengarah syarikat ingin menambah skop tugasan iaitu membina SOP untuk unit-unit yang terdapat di syarikat terutamanya di bahagian operasi dan korporat servis.
Tanpa membuang masa lagi, jom kita selusuri hasil kerja saya sepanjang 6 bulan berada di sini.

Kaunter pendaftaran dengan staff-staff yang sangat komited.

Tempat menunggu pelanggan. Ada wallpaper Kaabah di dinding.
#Langkah 01 | Membina Laman Web.
Oleh kerana syarikat ini masih belum mempunyai laman web rasmi lagi, perkara pertama yang saya cadangkan ialah membina sebuah laman web untuk Wahibah Travel & Tours. Antara kebaikan mempunyai laman web ini bolehlah anda baca artikel yang pernah saya kongsikan di sini.
Proses membina laman web syarikat mengambil masa lebih kurang sebulan. Ini melibatkan pemilihan konsep rekaan, nama domain & hosting yang bersesuaian serta proses integrasi dengan Sistem Pengurusan Bisnes Online OnPay bagi pengurusan tempahan pakej dan rekod pembelian.
Keseluruhan rekaan menggunakan konsep minimalis moden dan pembangunan sepenuhnya menggunakan Platform CMS Joomla. Selain dari membangunkan sebuah laman web, proses-proses berikut guna termasuk di dalam pakej penjenamaan saya pada kali ini, khas untuk Wahibah Travel & Tours:
- Setup Google Business
- Setup Google Analytic
- Setup Google Console
- Setup Sistem OnPay
- Hantar SiteMap ke Google Search Central


Untuk lihat rekaan layari www.wahibahtravel.com
#Langkah 02 | Membangunkan Identiti Korporat Syarikat.
Syarikat ini telah mempunyai logo, langkah seterusnya hanya memulakan proses membangunkan identiti korporat yang menggunakan warna korporat dan elemen-elemen yang berkaitan dengan logo yang telah dihasilkan.
Selepas berbincang dengan Pengarah dalam beberapa siri mesyuarat, fasa pertama saya mulakan dengan rekaan-rekaan berikut:
- Business Card
- Paper System (Letterhead)
- Company Profile
- Borang-borang Operasi (Dokumen Kualiti)
- Carta Alir Operasi
- Buku Garis Panduan Staff
- Buku Garis Panduan Ejen
- Buku Garis Panduan Mutawwif
Pengarah syarikat lebih berminat untuk memfokuskan penghasilan SOP (Standard Operating Procedure) pada fasa pertama.
Untuk menghasilkan SOP ini, beberapa siri perbincangan, bengkel dan mesyuarat telah dilakukan bersama staff bagi memastikan SOP yang dihasilkan menepati piawaian yang ditetapkan.
Berikut merupakan hasil kerja yang sempat saya kongsikan.

Sesi Brainstorming bersama Staff Operasi Syarikat.

Rekaan Business Card & Letterhead Syarikat.

Company Profile yang telah disiapkan.

Dokumen Kualiti seperti borang-borang & senarai semak yang telah dihasilkan.

Carta Alir Operasi Umrah & Pelancongan.

Buku Garis Panduan Mutawwif.

Buku Garis Panduan Pegawai Pemasaran (Ejen).

Buku Garis Panduan Staff.
#Langkah 03 | Bahan Pemasaran & Pengiklanan.
Pemasaran dan pengiklanan merupakan satu proses yang panjang dan memerlukan strategi yang terancang. Bagi syarikat Wahibah Travel, sebagai permulaan, Pengarah syarikat ingin menganjurkan satu majlis perasmian pembukaan pejabatnya di Cheras.
Ini bertujuan supaya bakal pelanggan yang tinggal di sekitar mengetahui kewujudan syarikat ini. Pada majlis itu juga, syarikat telah melancarkan pakej-pakej umrah dan pelancongan serta menawarkan promosi voucher Umrah bernilai RM 500 untuk semua bakal pelanggan yang hadir pada majlis tersebut.
Jom kita lihat beberapa rekaan bahan pemasaran yang telah saya hasilkan khas untuk majlis tersebut.


Poster & flyer Pakej Umrah untuk edaran kepada bakal pelanggan.

Roll-up Bunting untuk Pakej Umrah.

Roll-up Bunting untuk event.

Flyers aturcara sepanjang majlis.

Backdrop Event

Signature Poster untuk perasmi tandatangan.

Voucher Umrah
Gambar Sekitar Majlis Perasmian Wahibah Travel & Tours Sdn Bhd





#Langkah 04 | Melaksanakan Pemasaran Digital.
Untuk permulaan dalam fasa pertama ini, saya mulakan dengan proses mengoptimumkan laman web yang telah siap dibina. Apakah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses mengoptimumkan laman web ini? Kalau nak tahu bolehlah membacanya di sini ya.
Salah satu aktiviti saya lakukan ialah Search Engine Optimization (SEO) yang memang tidak asing lagi dalam pemasaran digital. Semua aktiviti SEO ini perlu dibuat secara konsisten dan tentulah ia mengambil masa untuk melihat hasilnya. Namun, ia perlu dimulakan seawal mungkin bagi menjamin hasil yang diinginkan.
Selain dari itu, Social Media Marketing juga turut menjadi fokus dalam fasa pertama ini. Penghasilan content calendar untuk posting di Facebook pages, Instagram dan Youtube dibuat bagi meningkatkan engagement terhadap akaun media sosial syarikat.

Antara rekaan Facebook Page rasmi syarikat.
Aktiviti pemasaran ini akan mula dikembangkan dalam fasa kedua nanti, di mana pencarian staff-staff baru sedang giat dilakukan bagi membantu dalam menjalankan semua aktiviti sales & marketing.
Poster-poster digital untuk proses pencarian pekerja juga telah saya hasilkan seperti berikut.

Antara rekaan poster iklan jawatan kosong.

Pelatih Industri juga digalakkan untuk sertai untuk menambah ilmu.
Akhir Kata.
Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan pertama (fasa satu) segala yang dirancang telah berjalan dengan baik. Usaha penambahbaikan perlu dilakukan secara konsisten dalam membina sebuah jenama.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada Pengarah Syarikat Wahibah Travel & Tours Datin Seri Raihana dan Datuk Seri Amerrudin atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama dalam membina jenama syarikat ini.
Tak lupa juga kepada barisan staff Wahibah Travel & Tours yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan segala perancangan yang telah saya rancang.
In Sha Allah, Fasa 2 dan 3 akan menyusul dengan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti dalam membina sebuah jenama. Saya doakan syarikat ini terus berkembang maju dan mencapai hasrat syarikat yang telah ditetapkan.
Kalau ada sumur diladang, boleh saya menumpang mandi. Andai ada umur yang panjang akan kita bekerjasama lagi.

Gambar Kenangan Mesyuarat Bersama Pengarah & Barisan Staff Wahibah Travel & Tours Sdn Bhd.

